I made this widget at MyFlashFetish.com.

TENTANG SAYA

My photo
jadikan aku prasasti, biar bertanda sampai mati, bahawa yg pernah kau temui, adalah aku yg kini sedang mengabdi...

Friday, February 15, 2013

iM bACK!


Hai semua,




lama rasanya saya tidak pernah post apa2 tentang saya.
hampir setahun saya meninggalkan dunia blogging saya..
kini saya kembali...

Kembali untuk memberi inspirasi dan karya kepada anda.
IM BACK!!!

Akhirnya setelah skian lama saya mencari apakah email dan password sy jumpa jugak...
Sgala cerita yang lama saya x delete supaya biar ia abadi dalam laman ini..

Sebagai pengajaran dan sebagai satu maruah yang sy kena hargai dan jaga untuk sy pastikan tiada lagi
dusta dlm kehidupan saya..

NANTIKAN CERITA TERBARU SAYA YANG PASTI AKAN LEBIH MEMBERI ISPIRASI KEPADA ANDA SEMUA.

p:s masa boleh mematangkan penulisan dengan pengalaman yang dilalui.

Sekian -JIWAKU

Saturday, September 3, 2011

HINAKAH AKU??


lama rasanya dah x update blog.. rindu pulak..

ketika tangan menari-nari di keyboard ini.. hati sebenarnya tengah merintih..
merintih sedih yang tak terperi.
apa guna hati baik?? bila rupa tetap jadi ukuran..
apa guna persahabatan kalau gemuk dan kurus tetap menjadi persoalan
cantik dan buruk menjadi perbandingan..

saya mmg x kacak, buruk..
semua saya..
napa?
kalau malu jangan berkawan dengan saya..
saya pun x minta jd buruk n x hotz segala bagai..
cuma saya insan biasa yang simple..
tak suka complicated
tak suka!!! im simple.

saya tahu sebenanrnya rakan2 saya malu dengan saya..
banyak peristiwa menguris hati sebenarnya..
cuma saya pendam dengan harapan kekuatan percaya pada diri bertahan..
tapi?
bila orang luar bercerita ttg keburukan kita, kelemahan kita pd rakan2 kita..
hermmm!!
saya mmg memalukan rakan2 saya..

rupanya.. kekuatan percayakan diri tak cukup kalau diri x benar2 cantik dan kacak!
itu ukuran masa kini rupanya..

kepada rakan-rakan saya..
maafkan saya..
saya x bisa menjadi sempurna dalam hidup anda semua..
saya juga x bisa menjadi bidadara impian semua..

kerna saya adalah saya..
maafkan saya..
saya memilih mereka yg percayakan saya,
mereka yg sudi berkwan dengan saya
tidak malu dengan kekurangan saya..

pada anda semua.. saya undur diri.. melangkah pergi..

maaf dan salam kasih sayang.


Saturday, June 11, 2011

KESEMPURNAAN

aku mencari kesempurnaan yang dituntut
aku melangkah dengan rasa takut
sebab aku kabut
mana diri aku sebenar
yang bisa menyambut

aku kurang pasti
cuma realiti ini adalah kelemahan diri
aku tak sempurna
mengapa perlu tuntut kesempurnaan itu
dari diri aku
yang perlu dibantu

benar
kita belaja drpd kesilapan
berbelas tahun berkenalan
hanya sesingkat masa
untuk perbetulkan

janji
aku cuba mencari kesempurnaan itu
walaupun aku rumit
memikirkan tindakan aku
aku cuba

Friday, June 10, 2011

HIDAYAH ALLAH


jumaat ini,
aku bersolat bersama nash, baby di masjid seksyen 19
aku rasa tenang,
walaupun banyak perkara
bermain di fikiran aku..

menitis airmata aku
ketika imam membacakan alfatihah..
tidak pasti kenapa!
cuma aku rasa sedih..

terdetik dalam hatiku
ya allah, perasaan cinta ini adalah milikmu,
aku berjuang mendapatkannya..
sekarang aku redha.. jika itu bukan terbaik untuk diriku.
aku redha!
aku menjadi tenang... xpasti kenapa.. aku syukur

p:s hidayah dan rahmat allah adalah milik allah..

Thursday, June 9, 2011

CINTA dan MELUPAKAN


bukan mudah untuk kita bercinta
bukan mudah juga untuk kita jatuh cinta
lebih sukar juga bila mencintai mereka yang tidak mencintai kita

bukan apa
cinta itu hadir sekelip mata
melupakan cinta??
ambil beribu tahun masa

pedih juga bila cinta
sebelah pihak yang saja
tentu yang seorang yang derita
yang sebelah pihak tidak merasa apa-apa

seksa jugak cinta!
pepatah berkata
bercinta itu xperlukan masa tapi melupakannya memerlukan seumur hidup kita!
wow! hebat penangan cinta kan??

p:s TAK PERLU RASA SEDIH KERANA KITA KEHILANGAN ORG YANG KITA CINTA KERANA ORG ITU YANG SEPATUTNYA SEDEY KERANA KEHILANGAN ORG YG MENCINTAI DIA

Monday, June 6, 2011

DEKAT TAPI JAUH

skang sy tgh mengedit melodi lagu yang sy cipta..
harap sangat lagu ini akan benar2 boleh memberi kesan ...

dekat tapi jauh
dalam maknanya!
HANYA YANG BENAR MEMAHAMI DAPAT MENGETAHUI
RASA TERSIRAT DI HUJUNG HATI
khas buat ayah yang tersayang..

p:s melihat tanpa dapat disentuh, melihat tanpa dirasa.

Sunday, June 5, 2011

YANG LEBIH KAU CINTA


SIAPA???

cinta itu universal..
terlalu subjektif untuk dikatakan..
malah sukar ditafsirkan...
maka siapa??

melihat cinta sesama manusia..
ada yang berjaya..
ada yang kecundang..
ada yang gembira dan ade yang berakhir dengan duka..

ade yang merana dan tak kurang juga yang terpisah jauh..
sukarnya cinta!!
maka kenapa perlu cinta ini wujud??
patutnya ia dihapuskan dalam kamus hidup manusia..

TIDAK
cinta adalah warna... warna yang menyinari kehidupan..
memberi rasa.. pahit manis dalam apa2 situasi..
maka memang perlu cinta
dari segenap segi apa sekali pun..
cinta itu perlu..

cinta boleh berubah..
daripada perasaan cinta sahabat kepada kekasih..
boleh juga bertukar dari kekasih kepada sahabat..
dan cinta itu sememangnya universal...

indahnya cinta kan??
hargailah setiap cinta yang dimiliki..
agar ia terus menjadi saksi kehidupan dari azali..

p:s saya juga berjuang demi cinta saya.. malangnya kecundang.. tapi tidak mengapa ia kan warna kehidupan!!