I made this widget at MyFlashFetish.com.

TENTANG SAYA

My photo
jadikan aku prasasti, biar bertanda sampai mati, bahawa yg pernah kau temui, adalah aku yg kini sedang mengabdi...

Saturday, June 11, 2011

KESEMPURNAAN

aku mencari kesempurnaan yang dituntut
aku melangkah dengan rasa takut
sebab aku kabut
mana diri aku sebenar
yang bisa menyambut

aku kurang pasti
cuma realiti ini adalah kelemahan diri
aku tak sempurna
mengapa perlu tuntut kesempurnaan itu
dari diri aku
yang perlu dibantu

benar
kita belaja drpd kesilapan
berbelas tahun berkenalan
hanya sesingkat masa
untuk perbetulkan

janji
aku cuba mencari kesempurnaan itu
walaupun aku rumit
memikirkan tindakan aku
aku cuba

Friday, June 10, 2011

HIDAYAH ALLAH


jumaat ini,
aku bersolat bersama nash, baby di masjid seksyen 19
aku rasa tenang,
walaupun banyak perkara
bermain di fikiran aku..

menitis airmata aku
ketika imam membacakan alfatihah..
tidak pasti kenapa!
cuma aku rasa sedih..

terdetik dalam hatiku
ya allah, perasaan cinta ini adalah milikmu,
aku berjuang mendapatkannya..
sekarang aku redha.. jika itu bukan terbaik untuk diriku.
aku redha!
aku menjadi tenang... xpasti kenapa.. aku syukur

p:s hidayah dan rahmat allah adalah milik allah..

Thursday, June 9, 2011

CINTA dan MELUPAKAN


bukan mudah untuk kita bercinta
bukan mudah juga untuk kita jatuh cinta
lebih sukar juga bila mencintai mereka yang tidak mencintai kita

bukan apa
cinta itu hadir sekelip mata
melupakan cinta??
ambil beribu tahun masa

pedih juga bila cinta
sebelah pihak yang saja
tentu yang seorang yang derita
yang sebelah pihak tidak merasa apa-apa

seksa jugak cinta!
pepatah berkata
bercinta itu xperlukan masa tapi melupakannya memerlukan seumur hidup kita!
wow! hebat penangan cinta kan??

p:s TAK PERLU RASA SEDIH KERANA KITA KEHILANGAN ORG YANG KITA CINTA KERANA ORG ITU YANG SEPATUTNYA SEDEY KERANA KEHILANGAN ORG YG MENCINTAI DIA

Monday, June 6, 2011

DEKAT TAPI JAUH

skang sy tgh mengedit melodi lagu yang sy cipta..
harap sangat lagu ini akan benar2 boleh memberi kesan ...

dekat tapi jauh
dalam maknanya!
HANYA YANG BENAR MEMAHAMI DAPAT MENGETAHUI
RASA TERSIRAT DI HUJUNG HATI
khas buat ayah yang tersayang..

p:s melihat tanpa dapat disentuh, melihat tanpa dirasa.

Sunday, June 5, 2011

YANG LEBIH KAU CINTA


SIAPA???

cinta itu universal..
terlalu subjektif untuk dikatakan..
malah sukar ditafsirkan...
maka siapa??

melihat cinta sesama manusia..
ada yang berjaya..
ada yang kecundang..
ada yang gembira dan ade yang berakhir dengan duka..

ade yang merana dan tak kurang juga yang terpisah jauh..
sukarnya cinta!!
maka kenapa perlu cinta ini wujud??
patutnya ia dihapuskan dalam kamus hidup manusia..

TIDAK
cinta adalah warna... warna yang menyinari kehidupan..
memberi rasa.. pahit manis dalam apa2 situasi..
maka memang perlu cinta
dari segenap segi apa sekali pun..
cinta itu perlu..

cinta boleh berubah..
daripada perasaan cinta sahabat kepada kekasih..
boleh juga bertukar dari kekasih kepada sahabat..
dan cinta itu sememangnya universal...

indahnya cinta kan??
hargailah setiap cinta yang dimiliki..
agar ia terus menjadi saksi kehidupan dari azali..

p:s saya juga berjuang demi cinta saya.. malangnya kecundang.. tapi tidak mengapa ia kan warna kehidupan!!

Thursday, June 2, 2011

keINDAHan


memandang alam yang indah...
betapa hebatnya ciptaan tuhan..
betapa indahnya alam ini..

begitu juga dengan perasaan.. indahnya setiap yg dirasa..
walaupun perit..
namun itu akan menjadi kekuatan diri
untuk kita..

ALLAH TURUNKAN HUJAN, UNTUK HADIAHKAN PELANGI KEPADA KITA

p:s airmata yg mengalir deras ini beberapa hari kebelakangan ini saya percaya ada pelangi indah yang allah sediakan untuk saya...

Wednesday, June 1, 2011

AISHITERU


tengok cite cinta melody....
sukarnya bercinta kan??
banyak halangan yg perlu ditempuh..
banyak pula perasaan yg akan terluka..

masing2 akan mempertahankan cinta masing2..
hermm bukan kah cinta itu indah!!
kenapa perlu tercemar dengan benda2 nista ini...
cinta itu kan universal..

cinta pada tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada kekasih dan cinta pada sahabat...
semuanya indah..
bila dilandaskan diatas kata dasar aishiteru..

kita pasti akan sanggup menunggu untuk
memastikan cinta trus bertahan!!

p:s saya lebih rela kehilangan cinta seorg kekasih berbanding cinta sahabat!